Rabu, 2 September 2015

Kejadian Hari Kiamat

Assalamualaikum w.b.t,

Seperti yang sudah diketahui umum oleh umat Islam, Hari Kiamat itu adalah benar dan pasti akan berlaku. Namun hari kejadian berlakunya Kiamat ini bukanlah sesuatu yang dapat manusia biasa ramalkan. Seperti yang telah disebut dalam dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W antaranya adalah :

Menurut firman Allah:


وَنُفِخَ فِى الصُّوْرِ فَصَعِقَ مَنْ فِى السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِى اْلاَرْضِ اِلاَّ مَنْ شَآءَ اللهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيْهِ اُخْرَى فَاِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُوْنَ

"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri bangkit menunggu keputusannya masing-masing".
(Az-Zumar, 39:68)


يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِيْنَ اِلَى الرَّحْمَنِ وَفْدًا . وَنَسُوْقُ الْمُجْرِمِيْنَ اِلَى جَهَنَّمَ وِرْدًا.

"(Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat, dan Kami akan menghalau orang-orang yang durhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga".
(Maryam, 19:85-86)


يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ.

"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'raf, 7:187)


اِنَّ السَّاعَةَ لاَتِيَةٌ لاَّرَيْبَ فِيْهَا وَلَكِنَّ اَكْثَرَالنَّاسِ لاَيُؤْمِنُوْنَ.

"Sesungguhnya Hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (terhadap hari akhirat)".
(Al-Mu'min, 40:59)


كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ .

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa".
(Ar-Rahman, 55:27.)



Menurut Hadis Rasulullah saw :

Dari Abi Hurairah ra., ia berkata: "Ketika Rasulullah saw. sedang dalam perjalanan suatu majlis berbincang dengan sekelompok orang (para sahabat), datanglah kepada beliau seorang penduduk lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?" Rasulullah saw. meneruskan pembicaraannya. Sebahagian orang berbisik: "Baginda (Rasulullah) mendengar apa yang ditanyakan orang itu, tetapi tidak suka apa yang ditanyakan itu." Yang lain berkata: "Tidak, Baginda tidak mendengar." Setelah pembicaraan Baginda selesai, Baginda bertanya: "Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?" Orang yang bertanya menyahut: "Ini aku wahai Rasulullah." Rasulullah bersabda: "Apabila amanat telah disia-siakan, maka tunggulah hari kiamat." Orang itu bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakan amanat itu?" Rasulullah bersabda: "Apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat."
(HR. Bukhari)
-Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, dunia tidak akan hancur sehingga ada orang yang melewati kubur orang lain, maka dia berhenti lalu berkata: "Alangkah senangnya jika aku yang menjadi penghuni kubur ini," dan demikian itu bukan ajaran agama, hanya karena beratnya dugaan di dunia."
(HR. Bukhari dan Muslim)
-Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi
.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Hari kiamat tidak akan datang sebelum sungai Eufrat menjadi sebuah bukit emas yang menimbulkan perang, dimana setiap seratus orang akan mati sembilan puluh sembilan, dan masing-masing orang di antara mereka itu berkata: "Semoga saya yang selamat."
Dalam sebuah riwayat dikatakan: "Sungai Eufrat akan memunculkan emas yang disimpannya, barangsiapa yang mendapatkannya, maka janganlah ia mengambil sesuatu daripadanya."
(HR. Bukhari dan Muslim)
-Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi.

Dari Abu Sa'id Al Khudriy ra. bahwasanya Nabi saw. bersabda: "Nanti pada akhir zaman ada di antara pemimpin-pemimpin kalian yang menabur-naburkan wang dan tidak dapat dihitung."
(HR. Muslim)
-Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi.

Dari Abu Musa Al Asy'ariy ra. bahwasanya Nabi saw. bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu zaman dimana seseorang berkeliling mengeluarkan sedekah yang berupa emas, tetapi tidak ada seorangpun yang bersedia menerimanya. Dan akan kelihatan seorang lelaki diikuti oleh empat puluh perempuan yang ingin berlindung kepadanya, kerana sedikitnya orang lelaki dan banyaknya orang perempuan."
(HR. Muslim)
-Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi.


Kronologi Hari Kiamat

Sebelum Kiamat Berlaku, akan ada beberapa tanda-tanda/peristiwa besar yang akan berlaku di dunia.

·        Perang Akhir Zaman.
·        Munculnya Imam Mahdi.
·        Perang Melawan Semenanjung Arab.
·        Perang Melawan Parsi.
·        Pengkhianatan Rom.
·        Al-Malhamah Al-Kubra.
·        Penaklukan Konstantin.
·        Turunnya Dajjal.
·        Turunnya Nya Nabi Isa dan Matinya Dajjal.
·        Perang Melawan Yahudi dan Penaklukan Rom.
·        Peperangan Melawan Turki.
·        Munculnya Yakjuj dan Makjuj.
·        Wafatnya Nabi Isa dan Imam Mahdi.
·        Tempoh Aman.
·        Terbitnya Matahari dari Bara.t
·        Keluarnya Binatang dari perut bumi yang dapat bercakap.
·        Pembenaman Bumi di Timur, Barat dan di Arab.
·        Munculnya Api yang akan mengiringi manusia menuju ke MAHSYAR.
·        Peniupan Sangkakala yang kedua untuk memusnahkan alam semesta serta seluruh isinya.


Oleh itu, sedarlah wahai manusia bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kebun bagi kita manusia untuk menyemai benih-benih kebaikan yakni pahala dan setelah kita dibangkitkan semula di akhirat kelak, benih-benih kebaikan tersebutlah yang akan menghasilkan buah yang baik yakni balasan yang setimpal dengan segala kebaikan dan amalan yang telah kita kumpul semasa di dunia iaitu syurga. inshaaAllah.


Salam Pengenalan

Assalamualaikum,

Selaku admin blog, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog ini.  Blog ini di bangunkan untuk berkongsi apa sahaja bahan dan artikel yang berfaedah. Terima Kasih juga di ucapkan kepada Faiz, Abdillah, dan Fadhullah kerana mereka adalah rakan-rakan yang juga terlibat dalam membangunkan blog ini. Mohon Maaf sekiranya ada kandungan yang tersalah fakta ataupun yang sebagainya.

Terima Kasih,
admin.